Tuesday, March 29, 2011

Temuduga.



Assalamualaikum and greetings to all..


minggu yang hectic. emotional. tapi ni bukan PMS oke.

Kali ni aku nak cakap pasal interview. Huh. Apakah interview? Sape taktau interview apa, aku nasihatkan kau pegi terjun lombong belakang rumah sape sape lah. Sebenarnya, aku nak mengaku la kan yang aku sebenarnya suka gila kalau diinterview ni. Aku, seorang yang suka bercakap tapi penakut untuk bercakap sebab taknak orang pikir aku ni si pencapap dalam kelas yang suka nak mencapap setiap masa. Padahal otak aku ni kalau discan memang tak berenti la aku cakap, dengan mengarang speech-nya, dengan berangannya lagi, tu belum masuk adegan pengulangan scene-scene yang sepatutnya 'aku kena cakap
macamni tapi apehal aku cakap macamni'. Sengal betul.

Sebab tu aku rasa macam seronok kalau pergi interview ni. Sebab tu satu satunya masa yang si tukang interview tanya soalan special untuk aku sorang je. Pandai aku la nak jawab cemane kan. Aku nak bagi idea luar petala, dalam petala, hape benda semua pun boleh. Tak ada skema jawapan, tak ada limitation untuk berhujah pasal idea sendiri, pasal pandangan sendiri. Best woh. Bila lagi masa orang nak dengar idea kita kan? Asyik asyik, dok kalut berhari hari pikir tapi tetiba orang lain curi lepastu claim idea sendiri. Tu belum lagi
baru nak bercakap tetiba orang yang claim diri tu educated terlebih terus potong takmau dengar idea kita. Haram jadah betul. Memang style mintak kaki kalau orang jenis camni.

Jadi diri sendiri. Tu dah biasa la kan. Tapi agak menyesal la kadang kadang. Bukan kadang kadang memang selalu pun. Sebab bila dah seronok bercakap, (well, aku la kan), benda yang tak patutnya keluar akan terkeluar. Bahasa memang tunggang langgang takyah cerita. Tapi, sape kisah ye dak? Asal mesej sampai kira boleh jalan lagi la kan. Takkan la nak pegi interview kena guna Bahasa Melayu Penulisan atau Bahasa Inggeris 1119 pulak. Lengkap segala arakian, rentetan itu. Dah macam buang tebiat pulak namenya tu. Eh ke memang sepatutnya cenggitu??

Tapi tu je la. Sejak dah berapa kali aku pergi interview dan keputusan yang aku dapat pulak memang boleh buat aku makan hati dua tiga minggu, aku rasa ma
cam agak ter-diskriminasi. Kadang kadang orang keliling ni terlalu pentingkan tahap kegeniusan dalam study, tahap keaktifan dalam society. Jadi pandai bukan bermaksud automatik pandai dalam semua benda. Kalau takat pandai dalam study tapi orang ajak buat discussion susah, opinion orang lain pun ditolak mentah mentah, cemane nak jadi leader ye dak? Buat tambah dosa kering orang bawahan je dok memaki hari hari.


hujan yang turun bagaikan mutiara..

Ok lah, kat luar dah hujan, rasa macam loser lah pulak kalau tengah hujan, dah pukul 2 pagi tapi taknak pegi tido jugak. Adios aku berambus.





Sunday, March 6, 2011

Ehem..


Assalamualaikum and greetings to all..

Perghhhh...gila berhabuk bersawang ber-anak tikus anak mondok anak lipas anak ular anak ulat gonggok tempat ni..okeh fine, aku overrated..gila ah kan..dah setahun kot aku tak jenguk..nampak sangat aku ni tak istiqamah dalam buat kerja..mula mula ber-blog dulu amboi kau, kalau boleh sehari sekali kau nak hapdate eh, sekali dah berlama lamaan sikit mulalah mengelat sana mengelat sini..heh.

Alkisahnya, harini, bersamaan hari Isnin, merupakan salah satu hari yang bersejarah buat aku..bangun pagi terus pung pang mandi, pung pang kemas semua, pung pang bukak lattop terus terdetik nak jenguk kebun cempedak ni haa..scroll down the older posts and then boommm..terus terasa nak post entry..ehem..sape yang baca ni terlintas, gila apa dia ni tak solat terus buat itu ini, memang kau nak kena sekeh sedas dua..itu common sense takyah cerita..macam takyah ceritanya kalau nak mandi kena guna sabun atau kalau nak makan kena basuh tangan..paham?

Haa..lepastu, aku nak ucapkan terima kasih la kan kat siapa siapa yang singgah sini..mintak maaf la dek non oii..picisan yang entah hape hape pun ni..aku tulis pun cuma nak suka suka..tengok, bukan takat traffic, nuffnang pun aku takda..haha..tetiba terasa macam loser..fine..sedar diri kejap aku ni bukan lah siapa siapa.

*insert bunyi kucing mengiau

Ah persetankan orang nak pikir apa..yang penting aku tak kacau kau, kau tak kacau aku..aku dah terjatuh cinta dengan kau, kau tak rasa pape pun kat aku..eh?..aku nak mengurat kau, kau lari dari aku..ehh???haha..haritu cakap taknak bermushy-lovey-dovey ye..sekarang tetibe ape cerita??apa nak kata, lagikan batu yang keras pun boleh lekuk, ni lagi hati aku yang asyik kena ketuk..wah!!ok babai nak blah aku dah blush tahap mintak penampar dah ni..

Cuma nak bagitau, Kilimanjaro ada dekat Tanzania, Africa..bukan dekat Jepun..

Ok dah, adios aku berambus..May Allah bless..