Wednesday, September 9, 2009

Pengalaman menaiki bas yang macam hape ntah..

Assalamualaikum and greetings to all..

Okeh, hari ni merupakan hari ke-19 kita semua berpuasa..Alhamdulillah, sampai ke hari ini aku masih complete 19 hari tuh..oh ya, ada satu berita gembire-tapi-tak-gembira-sangat-pun punya cerita, JUMAAT nih aku nak balik Tangkak dah..naik bas Cepat si Lembap pada pukul 4.30 kat Platform 4, Terminal Makmur..tapi aku cnfrm 4.30 lebih-lebih baru driver bas naik bas untuk cek samada semua penumpang sudah ada atau belum..dan masih memerlukan bebrapa minit untuk berborak bersama co-driver sambil berjalan ke depan dan ke belakang bas dalam kelajuan yang sangat berhemah sehinggakan bayi yang baru hebat berlari boleh memotong pergerakan beliau..memang sangat bermasalah..

Tapi aku x boleh nak marah si driver tu, sebab dia pun boleh nak digolongkan manusia-manusia yang menaburkan khidmat bakti kat aku walaupun dengan hanya memandu bas sambil bercerita ntah pape dengan co-driver dalam nada yang sangat merunsingkan otak yang akhirnya membuatkan aku x dapat tidur dengan tenang walaupun telinga dah kena sumbat dengan si lagha bunkface..aisy..

Dulu kala, masa aku masih menuntut di salah sebuah sekolah menengah yang x berape nak terkenal dekat selangor, aku sangat suka naik bas kalau nak balik rumah..rasa macam ada satu perasaan yang x boleh dibayangkan..sangat menerujakan..sangat mengasyikkan..sangat mendamaikan..sangat..suka hati korang la nak bubuh sangat apa lagi..jadinya, bila aku dapat offer untuk sambung belajar dekat pahang ni, benda pertama aku pikir, naik bas..huhu..seronok..seronok..

Tapi kau kena paham bila pepatah mengatakan lagikan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia..aku senang mengalami perubahan..berubah untuk memakai baju saiz M ke saiz XL..ini untuk menyembunyikan bukti-bukti penternakan lemak aku ya..berubah untuk suka memandang anak teruna orang kepada suka memandang pemandangan alam..ini untuk mengelakkan mereka masuk ke dalam mimpi aku lalu menjadi salah satu mimpi ngeri yang akhirnya akan menyebabkan aku tertidur dalam kelas dengan alasan x cukup tidur pada waktu malam..dan juga berubah dari sangat suka naik bas kepada sangat benci naik bas..

Ya, aku dah x suka naik bas..sebab aku dah x naik bas yang menggunakan Lebuhraya utara-selatan untuk balik ke rumah..aku sekarang menaiki bas yang menggunakan jalan biasa yang sangat bersimpang siuh mengalahkan ular kene palu dengan kayu besbol untuk balik ke rumah..kau boleh bayangkan x betapa sakitnya kepala kalau kena langgar dengan streamroller??haa..mesti x boleh, sebab masa tuh kau pun dah selamat menghembuskan nafas terakhir..lebih kurang macam tu la yang aku rasa setiap kali dalam perjalanan kuantan-tangkak dengan menaiki bas..sangat menyeksakan..

Berakhirlah sudah sesi perkongsian pengalaman kita pada kali ini..akhir kata..
Selamat Hari Raya dan ampun maaf kalau terbuat silap samada secara sedar atau di bawah paras sedar..

Oryte, aku mintak diri dulu..daa~


p/s = sesiapa yang rasa nak sedekahkan tat nenas satu balang atau lebih kepada aku, aku rela menerima dengan hati yang tulus lagi mulus..tat nenas saja tau..lain tamau.

No comments:

Post a Comment