Thursday, January 21, 2010

I.AM.INSANE.YEAH

Assalamualaikum and greetings to all..

Okeh, the tajuk was there. Yeah. It is true bebeh. Ha. Ha. Ha..

Not so long time ago, I read Hlovate's novel..sangat best okeh..gila bapak punya best lah..ten thumbs up..dua aku, dua adik aku, dua emak, dua abah, dua lagi err jari kau lah aku pinjam kejap ek..lepas tu aku google eh tak aku copy paste gambar ni dalam sini and here we go..



sooooooo sweeeettttttttt...love it..love ittt...looooveee itttt...hahaha..

Aku bukan antilelaki..tak eh..sebab aku still lagi nak spesis yg berjenama lelaki jadi husband aku esok lusa nanti..cewah esok lusa beb..aku nak yang macam Fahri dalam cerita 'Ayat-Ayat Cinta'..tak pun yang macam Abdullah Khaerol Azzam dalam cerita 'Bila Cinta Bertasbih' tak pun oh my God, Oh my God, ni paling hot yang macam Adam Hassan dalam 'Nur Kasih'..haha..

Tapi aku macam dapat rasakan possibility aku takkan dapat lelaki jenis ni macam tiggi je..serius..sebab aku sendiri bukan macam Aisha, bukan macam Anna entah apa aku lupa, bukan juga macam Nur Aminah..




Bak kata mak aku tapi yang dah dislangakan orang putih ;

'If you want somebody that have good faoundation in faith, you must be the one at the first place before ever think to deserve him'

Nah..hamek kau..kau selalu buat nakal..selalu selit plastik gula-gula kat celah meja dewan kuliah..selalu kumpul baju satu bakul seminggu sekali baru basuh tu pun guna washing machine..selalu jugak dah kentut busuk gila b a b e n g tapi tak nak ngaku lepastu buat muka bodoh tahap harus bagi pelempang..nanti kau pun dapat laki yang serupa perangai macam tu..tapi jodoh maut kan dah ditentukan..siapalah aku nak menilai..

YA ALLAH..aku dah lari tajuk seh..gila ah..ni kalau pemeriksa USPR tanda memang awal-awal tolak 30 markah sebab terkeluar tajuk ah..tolak tatabahasa, tolak penstrukturan ayat lagi..peh fail BM aku s i o t..alah alang-alang dah taip malas ah aku nak backspace balik..so terima je la eh..aku mengarut merepek meraban yang entah hape-hape nih..

Oh ya pasal gambar BOYS ARE STUPID kat atas nuh, yup THEY ARE..sebab spesis tu dah sebabkan membe aku yang bila susah je cari aku tapi bila bahagia dengan boyfriend dia sumpah aku ym pun nak tak nak je reply mengadu menangis kat aku..aku benci perempuan yang menangis sebab lelaki..aku dah pernah jadi bodoh macam tu..serius bodoh tahap gaban rasa nak bunuh diri kalau ingat balik..kau jangan jadi macam aku sebab kau dan kawan-kawan kau lebih smart, intelligent, inovative dan creative berbanding aku..



Okeh aku nak out..sampai terupdate..

Live well..May Allah bless us..

Friday, January 8, 2010

Cerita seorang kakak

Assalamualaikum and greetings to all..

Waktu aku kecik-kecik dulu (alah memang sampai kebesar ni pun) aku selalu jeles tengok kawan-kawan yang ada abang, kakak, adik perempuan, adik lelaki dan memang completelah ahli keluarga dia..rasa macam seronok sangat ada adik beradik ramai..boleh main panjat pokok sama-sama, main hempuk bantal sama-sama..pastu kalau jadi adik, boleh golek-golek goyang kaki atas katil bila bangun tidur tak yah rushing nak kemas rumah bagai..ahh bestnya..seronoknya..bahagianya..


impian keluarga besar yang hanya khayalan..

Tapi yelah..dah memang ditakdirkan aku yang sulung dan adik aku si tembam tu yang bongsu nak buat cemane lagi kan..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku ada adik..walaupun perangai pelik semedang..orang selalu tanya, tak bosan ke hidup dua beradik je?..err, agak tak membosankan la sebab kitorang selalunya sibuk cari jalan untuk dapatkan apa yang kitorang nak sebab mak abah kitorang bukan macam mak abah zaman sekarang yang harini anak mintak lattop sebiji, petang karang dah terbentang kat depan biji mata..

Okai, now back to the topic..cerita seorang kakak..aku memang agak tak paham perangai adik aku..pelik tahap tak ingat..aku dapat result bagus time exam, dia menangis macam la aku baru lepas kena hentam dengan lori balak..tp bila aku dapat result tahap kena cempak dalam longkang pun dia melalak macam aku baru lepas jatuh bangunan dari tingkat 4..

anis melalak..hahaha

Tak masuk lagi setiap kali kitorang balik rumah time cuti ke apa-apa je la..paling lama kitorang boleh mewujudkan suasana aman tanpa pergaduhan adalah 2 jam satu hari, kalau ditolak waktu tidur + waktu aku pergi panjat pkok rambutan belakang rumah aku + waktu aku pergi kacau sepupu aku main PS + etc..tapi dia akan start bersyahdu syahdan bila tiba masa aku nak naik bas balik pahang..sadiskan?.sebab tu aku x pernah rasa bosan walaupun kitorang dua beradik je..

As a kakak yang memang langsung x ada ciri-ciri kakak mithali pun, aku memang sangatlah suka nak tunjukkan yang aku sangat sayang dia walaupun dengan perangai pelik dia tu..sangat terharu everytime dia bagi present or anything yang mnunjukkan dia ingat kat aku..sangat teruja bila aku tau, cuti aku sama dengan dia..tapi, memandangkan ego aku yang sangatlah tinggi, lebih tinggi dari pokok rambutan belakang rumah aku tu rasanya, jadi aku simpan semua kesukaan aku, keterharuan aku, keterujaan aku kemas - kemas dalam hati aku..

Semua perasaan akan ada bila jadi seorang kakak buat selamanya ni..sedih, seronok, gembira, geram, benci, rasa-nak-hambat-guna-tukul-besi dan semua lah senang cakap..no matter what, I am still proud for having a sister like my little sister..dia lah tempat aku mengadu, dia lah tempat aku kongsi cerita bila terjumpa lelaki hensem lepas tu rupanya dapat tahu yang dia dah bertunang haisy..dengan dia lah aku selalu buat plan cemane nak buli kanak-kanak riang kat sekeliling rumah tu..dia lah segalanya..rindunya kat kau anis..hahaha..sumpah sepuluh tahun kena ungkit, kena ejek tak habis bila dia terbaca entry nih..


Adik sayang kakak, kakak sayang adik..yeay!!

Okeh, kepada kamu-kamu yang terbaca, hargailah adik beradik, ibu-bapa, sanak saudara, sahabat handai kamu semua..sebab, tiada mereka, tiadalah kita..

Live well..may Allah bless us..pen off..

Saturday, January 2, 2010

the new come back!!

Assalamualaikum and greetings to all..

Cehcehceh sungguh x boleh blah ayat kat atas tu..tapi..apa aku kisah yang penting aku aman bahagia menikmati biskut hup seng cecah susu pekat manis gold coin sorang-sorang..hehe

Lately, otak aku sangat kacau-bilau..jelous sebab bila tengok facebook kawan-kawan seperngajian time sekolah menengah masing-masing dah pun ke luar negara..sambung belajar..egypt,uk,ireland,australia,etc..yang aku ni dok la hai terkial-kial x dapat merantau ke negara orang melintasi lautan bagai, cukuplah merantau ke negeri orang melintasi sungai pahang..haisy..

Tapi aku kene bersyukur..WAJIB bersyukur..sebab ini adalah salah satu nikmat yang Dia beri..bukan semua orang pun lenggang-kangkung goyang kaki x payah buat apa-apa untuk dapat masuk ke u ye x?jadinya, aku kena think positive..look only at the bright side kata omputeh..kata orang melayunya pulak mmm..err..nanti-nanti lah aku update len eh..

Aku suka kat kt satu wisdom ni..err actually aku pun tatau whether it is a real wisdom or just some words came out from orang dahulu kala..em, here we go..

'Everything was fated, only interchanged with God's will, effort and doa..'

Sometimes, when I felt so down macam contoh baru lepas dapat tahu my first crush while I am still in zaman kanak-kanak dah nak kawen dalam a few weeks ni or macam baru lepas dapat tahu crush yang aku minat time kat matriks dulu dah ada steady future-wife, aku akan ingat balik konon-wisdom kt atas tu..its help guy..

Allah Maha Berkuasa kan..bila kita serapat je langkah ke arah Dia, Dia beribu langkah rapat ke arah kita..kita je yang selalu leka konon alah umur masih muda, lagipun tanda besar kiamat belum muncul nanti-nanti lah taubat..lepas tu, bila roomate nasihat suruh berubah, telinga buat pekak tak tahu..aiseh..itu aku sebenarnya..bukan kau atau kawan-kawan kau..

Haa amek kau..dah berkurun x update, sekali update dah x reti macam mana nak stop menaip..hehe..minta ampun ye..dah dah okeh..aku bersusun assigment nak buat nih, padehal dah dua hari cuti x sentuh satu hape pon, dok asyik mengadap facebook je..lepas tuh emo sorang-sorang..lepas tu habeskan creadit handphone tepon mak ngan adik empat jam sekali nak hilangkan rasa sedih..huhu..oryte..

May Allah bless us..pen off.