Thursday, January 21, 2010

I.AM.INSANE.YEAH

Assalamualaikum and greetings to all..

Okeh, the tajuk was there. Yeah. It is true bebeh. Ha. Ha. Ha..

Not so long time ago, I read Hlovate's novel..sangat best okeh..gila bapak punya best lah..ten thumbs up..dua aku, dua adik aku, dua emak, dua abah, dua lagi err jari kau lah aku pinjam kejap ek..lepas tu aku google eh tak aku copy paste gambar ni dalam sini and here we go..



sooooooo sweeeettttttttt...love it..love ittt...looooveee itttt...hahaha..

Aku bukan antilelaki..tak eh..sebab aku still lagi nak spesis yg berjenama lelaki jadi husband aku esok lusa nanti..cewah esok lusa beb..aku nak yang macam Fahri dalam cerita 'Ayat-Ayat Cinta'..tak pun yang macam Abdullah Khaerol Azzam dalam cerita 'Bila Cinta Bertasbih' tak pun oh my God, Oh my God, ni paling hot yang macam Adam Hassan dalam 'Nur Kasih'..haha..

Tapi aku macam dapat rasakan possibility aku takkan dapat lelaki jenis ni macam tiggi je..serius..sebab aku sendiri bukan macam Aisha, bukan macam Anna entah apa aku lupa, bukan juga macam Nur Aminah..




Bak kata mak aku tapi yang dah dislangakan orang putih ;

'If you want somebody that have good faoundation in faith, you must be the one at the first place before ever think to deserve him'

Nah..hamek kau..kau selalu buat nakal..selalu selit plastik gula-gula kat celah meja dewan kuliah..selalu kumpul baju satu bakul seminggu sekali baru basuh tu pun guna washing machine..selalu jugak dah kentut busuk gila b a b e n g tapi tak nak ngaku lepastu buat muka bodoh tahap harus bagi pelempang..nanti kau pun dapat laki yang serupa perangai macam tu..tapi jodoh maut kan dah ditentukan..siapalah aku nak menilai..

YA ALLAH..aku dah lari tajuk seh..gila ah..ni kalau pemeriksa USPR tanda memang awal-awal tolak 30 markah sebab terkeluar tajuk ah..tolak tatabahasa, tolak penstrukturan ayat lagi..peh fail BM aku s i o t..alah alang-alang dah taip malas ah aku nak backspace balik..so terima je la eh..aku mengarut merepek meraban yang entah hape-hape nih..

Oh ya pasal gambar BOYS ARE STUPID kat atas nuh, yup THEY ARE..sebab spesis tu dah sebabkan membe aku yang bila susah je cari aku tapi bila bahagia dengan boyfriend dia sumpah aku ym pun nak tak nak je reply mengadu menangis kat aku..aku benci perempuan yang menangis sebab lelaki..aku dah pernah jadi bodoh macam tu..serius bodoh tahap gaban rasa nak bunuh diri kalau ingat balik..kau jangan jadi macam aku sebab kau dan kawan-kawan kau lebih smart, intelligent, inovative dan creative berbanding aku..



Okeh aku nak out..sampai terupdate..

Live well..May Allah bless us..

Friday, January 8, 2010

Cerita seorang kakak

Assalamualaikum and greetings to all..

Waktu aku kecik-kecik dulu (alah memang sampai kebesar ni pun) aku selalu jeles tengok kawan-kawan yang ada abang, kakak, adik perempuan, adik lelaki dan memang completelah ahli keluarga dia..rasa macam seronok sangat ada adik beradik ramai..boleh main panjat pokok sama-sama, main hempuk bantal sama-sama..pastu kalau jadi adik, boleh golek-golek goyang kaki atas katil bila bangun tidur tak yah rushing nak kemas rumah bagai..ahh bestnya..seronoknya..bahagianya..


impian keluarga besar yang hanya khayalan..

Tapi yelah..dah memang ditakdirkan aku yang sulung dan adik aku si tembam tu yang bongsu nak buat cemane lagi kan..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku ada adik..walaupun perangai pelik semedang..orang selalu tanya, tak bosan ke hidup dua beradik je?..err, agak tak membosankan la sebab kitorang selalunya sibuk cari jalan untuk dapatkan apa yang kitorang nak sebab mak abah kitorang bukan macam mak abah zaman sekarang yang harini anak mintak lattop sebiji, petang karang dah terbentang kat depan biji mata..

Okai, now back to the topic..cerita seorang kakak..aku memang agak tak paham perangai adik aku..pelik tahap tak ingat..aku dapat result bagus time exam, dia menangis macam la aku baru lepas kena hentam dengan lori balak..tp bila aku dapat result tahap kena cempak dalam longkang pun dia melalak macam aku baru lepas jatuh bangunan dari tingkat 4..

anis melalak..hahaha

Tak masuk lagi setiap kali kitorang balik rumah time cuti ke apa-apa je la..paling lama kitorang boleh mewujudkan suasana aman tanpa pergaduhan adalah 2 jam satu hari, kalau ditolak waktu tidur + waktu aku pergi panjat pkok rambutan belakang rumah aku + waktu aku pergi kacau sepupu aku main PS + etc..tapi dia akan start bersyahdu syahdan bila tiba masa aku nak naik bas balik pahang..sadiskan?.sebab tu aku x pernah rasa bosan walaupun kitorang dua beradik je..

As a kakak yang memang langsung x ada ciri-ciri kakak mithali pun, aku memang sangatlah suka nak tunjukkan yang aku sangat sayang dia walaupun dengan perangai pelik dia tu..sangat terharu everytime dia bagi present or anything yang mnunjukkan dia ingat kat aku..sangat teruja bila aku tau, cuti aku sama dengan dia..tapi, memandangkan ego aku yang sangatlah tinggi, lebih tinggi dari pokok rambutan belakang rumah aku tu rasanya, jadi aku simpan semua kesukaan aku, keterharuan aku, keterujaan aku kemas - kemas dalam hati aku..

Semua perasaan akan ada bila jadi seorang kakak buat selamanya ni..sedih, seronok, gembira, geram, benci, rasa-nak-hambat-guna-tukul-besi dan semua lah senang cakap..no matter what, I am still proud for having a sister like my little sister..dia lah tempat aku mengadu, dia lah tempat aku kongsi cerita bila terjumpa lelaki hensem lepas tu rupanya dapat tahu yang dia dah bertunang haisy..dengan dia lah aku selalu buat plan cemane nak buli kanak-kanak riang kat sekeliling rumah tu..dia lah segalanya..rindunya kat kau anis..hahaha..sumpah sepuluh tahun kena ungkit, kena ejek tak habis bila dia terbaca entry nih..


Adik sayang kakak, kakak sayang adik..yeay!!

Okeh, kepada kamu-kamu yang terbaca, hargailah adik beradik, ibu-bapa, sanak saudara, sahabat handai kamu semua..sebab, tiada mereka, tiadalah kita..

Live well..may Allah bless us..pen off..

Saturday, January 2, 2010

the new come back!!

Assalamualaikum and greetings to all..

Cehcehceh sungguh x boleh blah ayat kat atas tu..tapi..apa aku kisah yang penting aku aman bahagia menikmati biskut hup seng cecah susu pekat manis gold coin sorang-sorang..hehe

Lately, otak aku sangat kacau-bilau..jelous sebab bila tengok facebook kawan-kawan seperngajian time sekolah menengah masing-masing dah pun ke luar negara..sambung belajar..egypt,uk,ireland,australia,etc..yang aku ni dok la hai terkial-kial x dapat merantau ke negara orang melintasi lautan bagai, cukuplah merantau ke negeri orang melintasi sungai pahang..haisy..

Tapi aku kene bersyukur..WAJIB bersyukur..sebab ini adalah salah satu nikmat yang Dia beri..bukan semua orang pun lenggang-kangkung goyang kaki x payah buat apa-apa untuk dapat masuk ke u ye x?jadinya, aku kena think positive..look only at the bright side kata omputeh..kata orang melayunya pulak mmm..err..nanti-nanti lah aku update len eh..

Aku suka kat kt satu wisdom ni..err actually aku pun tatau whether it is a real wisdom or just some words came out from orang dahulu kala..em, here we go..

'Everything was fated, only interchanged with God's will, effort and doa..'

Sometimes, when I felt so down macam contoh baru lepas dapat tahu my first crush while I am still in zaman kanak-kanak dah nak kawen dalam a few weeks ni or macam baru lepas dapat tahu crush yang aku minat time kat matriks dulu dah ada steady future-wife, aku akan ingat balik konon-wisdom kt atas tu..its help guy..

Allah Maha Berkuasa kan..bila kita serapat je langkah ke arah Dia, Dia beribu langkah rapat ke arah kita..kita je yang selalu leka konon alah umur masih muda, lagipun tanda besar kiamat belum muncul nanti-nanti lah taubat..lepas tu, bila roomate nasihat suruh berubah, telinga buat pekak tak tahu..aiseh..itu aku sebenarnya..bukan kau atau kawan-kawan kau..

Haa amek kau..dah berkurun x update, sekali update dah x reti macam mana nak stop menaip..hehe..minta ampun ye..dah dah okeh..aku bersusun assigment nak buat nih, padehal dah dua hari cuti x sentuh satu hape pon, dok asyik mengadap facebook je..lepas tuh emo sorang-sorang..lepas tu habeskan creadit handphone tepon mak ngan adik empat jam sekali nak hilangkan rasa sedih..huhu..oryte..

May Allah bless us..pen off.

Wednesday, September 9, 2009

Pengalaman menaiki bas yang macam hape ntah..

Assalamualaikum and greetings to all..

Okeh, hari ni merupakan hari ke-19 kita semua berpuasa..Alhamdulillah, sampai ke hari ini aku masih complete 19 hari tuh..oh ya, ada satu berita gembire-tapi-tak-gembira-sangat-pun punya cerita, JUMAAT nih aku nak balik Tangkak dah..naik bas Cepat si Lembap pada pukul 4.30 kat Platform 4, Terminal Makmur..tapi aku cnfrm 4.30 lebih-lebih baru driver bas naik bas untuk cek samada semua penumpang sudah ada atau belum..dan masih memerlukan bebrapa minit untuk berborak bersama co-driver sambil berjalan ke depan dan ke belakang bas dalam kelajuan yang sangat berhemah sehinggakan bayi yang baru hebat berlari boleh memotong pergerakan beliau..memang sangat bermasalah..

Tapi aku x boleh nak marah si driver tu, sebab dia pun boleh nak digolongkan manusia-manusia yang menaburkan khidmat bakti kat aku walaupun dengan hanya memandu bas sambil bercerita ntah pape dengan co-driver dalam nada yang sangat merunsingkan otak yang akhirnya membuatkan aku x dapat tidur dengan tenang walaupun telinga dah kena sumbat dengan si lagha bunkface..aisy..

Dulu kala, masa aku masih menuntut di salah sebuah sekolah menengah yang x berape nak terkenal dekat selangor, aku sangat suka naik bas kalau nak balik rumah..rasa macam ada satu perasaan yang x boleh dibayangkan..sangat menerujakan..sangat mengasyikkan..sangat mendamaikan..sangat..suka hati korang la nak bubuh sangat apa lagi..jadinya, bila aku dapat offer untuk sambung belajar dekat pahang ni, benda pertama aku pikir, naik bas..huhu..seronok..seronok..

Tapi kau kena paham bila pepatah mengatakan lagikan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia..aku senang mengalami perubahan..berubah untuk memakai baju saiz M ke saiz XL..ini untuk menyembunyikan bukti-bukti penternakan lemak aku ya..berubah untuk suka memandang anak teruna orang kepada suka memandang pemandangan alam..ini untuk mengelakkan mereka masuk ke dalam mimpi aku lalu menjadi salah satu mimpi ngeri yang akhirnya akan menyebabkan aku tertidur dalam kelas dengan alasan x cukup tidur pada waktu malam..dan juga berubah dari sangat suka naik bas kepada sangat benci naik bas..

Ya, aku dah x suka naik bas..sebab aku dah x naik bas yang menggunakan Lebuhraya utara-selatan untuk balik ke rumah..aku sekarang menaiki bas yang menggunakan jalan biasa yang sangat bersimpang siuh mengalahkan ular kene palu dengan kayu besbol untuk balik ke rumah..kau boleh bayangkan x betapa sakitnya kepala kalau kena langgar dengan streamroller??haa..mesti x boleh, sebab masa tuh kau pun dah selamat menghembuskan nafas terakhir..lebih kurang macam tu la yang aku rasa setiap kali dalam perjalanan kuantan-tangkak dengan menaiki bas..sangat menyeksakan..

Berakhirlah sudah sesi perkongsian pengalaman kita pada kali ini..akhir kata..
Selamat Hari Raya dan ampun maaf kalau terbuat silap samada secara sedar atau di bawah paras sedar..

Oryte, aku mintak diri dulu..daa~


p/s = sesiapa yang rasa nak sedekahkan tat nenas satu balang atau lebih kepada aku, aku rela menerima dengan hati yang tulus lagi mulus..tat nenas saja tau..lain tamau.

Sunday, August 30, 2009

Aku yang agak ketinggalan zaman

Entry nih dah lame ditulis sebenarnya..tapi yelah..manusia kan memang pelupa..lagi-lagi aku..memang la tersangat overdosed dengan keterlupaan aku nih..haih.

Okeh, aku mmg agak (yeye aku ngaku, aku memang) ketinggalan zaman dalam bab-bab menggunakan term-term shortcut english ni..hahaha...nasib baik chek TASHA ada nak mengajar aku..wlaupun blaja trough the phone pun jadi la..and now, lets spill out apa yang aku baru blaja tadi okeh..


OMG = oh my God..

lol = laugh out loud / lots of love (ni bagi yg dok tergedik-gedik je la kan)

fyi = for your information (okeh yg ni paling mncabar..kne marah ngan chek TASHA coz TERmencarut..hehe)

At least la kan, I learn something new for today..aku dah improve diri aku..kau pula bagaimana???hehe..berlagak syot..mmm btw, (oh btw, stand for by the way, aku mmg dh tau sejak zaman sekolah mnengah eh, jgn terlalu memandang rendah kat aku okeh)tqvm chek TASHA..ko memang comey sebab dah mendedahkan aku dengan perkara-perkara sebegini..adios gua berambus..

Friday, August 14, 2009

Kunjungan yang bakal tiba..

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR..andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu...merayu...kepadaNYA Tuhan yang satu...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...berstau memoerhamba diri menghadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamayahya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam].

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akak kau sia - siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa ang terluang alunana Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan...andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamuliail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu tapi aku juga tak sanggup untuk menghadapi nerakaMu"...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang...mari kita meriahkan Ramadhan ini...kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri rohani dan jasmani...menanti - nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan...lorong - lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi...

andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah ia Ramadhan paling beerti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti...

namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir bagi dirinya...yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belasNya...wahai tuhan, kamilah hamba yang mengharap belas darimu "Ya Allah jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa...ampunkan dosa2 kami, dosa2 kedua-dua ibubapa kami...dosa2 semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...amin."...

andai benar ini Ramadhan terakhir buat aku MAAFKANLAH SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN...

May Allah bless us..

InsyaAllah..

Sunday, August 9, 2009

hasil sminggu di rumah..

aku mmg pling x suke klau mak aku suh aku masak..kemas umah x pe..jgn mmasak..n aku dah tau dh, aku dpt gene xsuke memasak dr sape..huhu..so, mmandangkan, b4 cuti aritu, aku google gmbar2 cakes, spaghetti n so on, aku trus g dwnload recipes die skali sbb mgkin dh terbukak pintu langit doa mak aku makbul, aku lembut hati nak memasak kt dapur..so, kt bawah2 ni sume ye, first experience aku masak/baking tanpe bantuan dr sape2..lets check it out..
okai..smlm, bersamaan 8 ogos..AKU BAKED choc cake..
by mlm tu gak b4 tido, aku SIAPKAN topping dy skali..
n hasilnyer..
tadaa..
first attempt 2 beb..
rase die, toksah ckp r..
BEST GILERR...
rasenyer aku dh bleh cetuskn angan2 untuk bukak PRIVATE RECIPE aku sndiri kot..
haha..berangan2..
n pade 5 ogos..
aku MASAK spaghetti..
hehe..
ni pun aku buat SENDIRI eh..
n of coz, aku je la yang ngadap spaghetti ni sorg2..
dr tngahri ke ptg, ptg ke mlm, mlm ke pagi, n pagi ke thghri balik..
sebab aku anak yg degil..
xphm bile mak abah aku ckp..
'kitorang org kampung, xpandai nk mkn western2 segale ni..'
taptaptap..
sdeynyer..
tp aku tengok pndai je dorg mkn choc cake segale..
nxt time, klau aku ade men masak2 kt dapur lagi aku gitau eh..=)